Sunday, 11 December 2011

Sekapur sireh

Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam satu Malaysia!!!!!...

Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di sinilah, warga pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik menjadi idaman guru kerana ia membolehkan pelajar mengikuti pengajaran dengan mudah dan berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu menangani karenah sejumlah pelajar yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajarannya tercapai selain hambatan masa yang terhad.

Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah dan sederhana saja sehingga mengabaikan pelajar yang cerdas.Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya menumpukan kepada pelajar yang cerdas sehingga pelajar lain terabai.
Guru perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tidak menentu. Selain teknikal, guru juga harus akur dengan tugas yang memaksa beliau untuk melaksanakan pengajaran kerana cuti sakit, cuti kecemasan atau menghadiri kursus di waktu pejabat

Sejajar dengan zaman teknologi, tiada lagi masalah untuk meningkatkan prestasi anak didik kita. Perisian instruksional menawarkan kebolehan menyampaikan maklumat kepada murid secara individu serta menjamin pencapaian yang baik. Pendidikan berbantu komputer akan menggerakkan setiap deria  murid untuk terlibat dalam proses pembelajaran. Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap pembelajaran murid ' Pemulihan Khas ' khususnya. Ini adalah kerana " SAYA  BACA  DAN SAYA LUPA, SAYA  LIHAT DAN  SAYA INGAT, SAYA BUAT DAN SAYA FAHAM "

Sekian, terima kasih.


Selamat membaca , menulis , dan mengira ♥

Tuesday, 6 December 2011

Mari mengeja sukukata kv

video

Kemahiran  : 4 . Membaca dan membunyikan sukukata terbuka.
Objektif      : Pada akhir pelajaran diharapkan murid dapat :
  1. Mengeja sukukata kv yang mengandungi huruf vokal 'a', 'i' dan 'u'.
  2. Mengeja perkataan kvkv berpandukan gambar.
  3. Mengeja dan membaca ayat mudah.
Langkah pengajaran  :
  1. Murid mengeja sukukata kv.
  2. Murid mengeja perkataan kvkv.
  3. Murid membaca rangkai kata yang mengandungi dua perkataan kvkv.
  4. Murid membaca ayat mudah yang mengandungi perkataan kvkv. 

Selamat membaca , menulis , dan mengira ♥

Mari mengenal sukukata tertutup



Kemahiran  : 8 Perkataan kvk ( sukukata tertutup )
Objektif      : Pada akhir pelajaran murid dapat :
  1. Menyebut nama gambar.
  2. Mengeja perkataan kvk.
Langkah Pengajaran :
  1. Murid menyebut nama gambar.
  2. Murid mengeja perkataan kvk.
  3. Latih tubi berulang kali.

Selamat membaca , menulis , dan mengira ♥

Sunday, 4 December 2011

Mari mengeja sukukata ' a' , 'i' dan 'u'.

Kemahiran : 4. Suku kata kv 
Objektif      : Pada akhir pelajaran murid dapat :
  1. Mengenal dan mengeja sukukata kv.
Langkah pengajaran :
  1. Murid mengeja sukukata kv.
  2. Latihtubi mengeja.

Selamat membaca , menulis , dan mengira ♥